Thursday, May 6, 2010

Menjawab Permata Pintar Secara Online



Semua murid tahun 3-6 sk sungai tong telah menjawab soalan dalam program permata pintar secara online bertempat di makmal komputer dan juga di pusat akses sekolah,percapaian murid sekolah amat baik,belandaskan pembestarian "sokesto bestari."



program permata pintar ini juga dapat menikatkan kemahiran minda murid-murid di sekolah ini,guru-guru kelas turut membantu menjayakan permata pintar.

Monday, March 15, 2010

Sistem Rekod Kehadiran On-line Bestari



1 APRIL 2010 - Warga Sekolah Kebangsaan Sungai Tong telah mula mengisi rekod kehadiran secara online apabila menggunakan Sistem Rekod Kehadiran secara rasminya pada 1 April 2010. Sistem yang dibina sendiri oleh seorang guru ICT sekolah ini dengan bantuan dan cadangan daripada beberapa guru termasuk pihak pengurusan sekolah ini telah menunjukkan maklumbalas yang positif dari warga sekolah setelah 3 hari penggunaan.

Sistem yang digunakan oleh seluruh warga sekolah termasuk guru-guru KAFA dan pekerja swasta ini telah memberi lebih keselesaan kepada pengguna selain sistem perekodan dan laporan yang tersusun kemas dan rapi. Mengikut seorang pekerja swasta, sistem ini telah memberi pendedahan kepadanya tentang penggunaan komputer yang tidak pernah diimpikan untuk menyentuhnya.

Pihak pengurusan sekolah berharap agar sistem ini dan beberapa sistem yang sedia ada akan diguna sebaik mungkin oleh seluruh warga sekolah memandangkan sekolah ini telah dianugerahkan sebagai Sekolah Bestari Luar Bandar.

Tuesday, March 9, 2010

Pentauliah Sekolah Bestari



Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistematik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).